Artikel

Cetak

Program-program yang ditawarkan

IJAZAH SARJANA MUDA BAHASA INGGERIS DENGAN KEPUJIAN

Pengenalan

Penawaran program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris adalah selaras dengan situasi Keperluan Bahasa Inggeris di peringkat antarabangsa, situasi dan keperluan bahasa Inggeris di Malaysia di samping untuk menampung serta memenuhi keperluan negara dalam pelbagai sektor pendidikan dan komunikasi.

 

Struktur Program

Purata jangkamasa untuk program ini ialah 4 tahun (8 semester). Kaedah pengajian merangkumi pekuliahan, kerja kursus dan peperiksaan. Para pelajar akan dinilai secara menyeluruh melalui ketiga-tiga elemen tersebut. Para pelajar juga diwajibkan menjalani Latihan Industri (LI) semasa cuti semester enam.

 

 

 

DIPLOMA PENGAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA (TESL)

Pengenalan

Program Diploma TESL merupakan program pertama yang ditawarkan oleh Fakulti Bahasa dan Komunikasi, University Darul Iman, Kampus KUSZA. Program ini telah dimulakan pada semester Mei 1999.

 

Menjelang tahun 2020, Malaysia akan menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendire dengan mencapai wawasan 2020. Adalah diharapkan program Diploma TESL University Darul Iman dapat menyumbang ke arah matlamat wawasan tersebut dengan melahirkan graduan dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua, yang baik dari segi moral dan kerohanian.

 

Struktur Kursus

Jangka masa kursus bagi program ini ialah 3 tahun atau 6 semester. Setiap semester mengandungi 15 minggu termasuk 1 minggu cuti pertengahan semester. Program ini merangkumi 6 semester - termasuk 1 semester latihan mengajar dan 5 semester pengajian penuh.

Kursus-kursus yang ditawarkan adalah dibahagiakn kepada Kursus Universiti, Kursus Pendidikan dan Kursus Program. Pelajar dikehendaki mendaftar dan lulus semua kursus-kursus tersebut.

Kursus-kursus akan dekendalikan secara syarahan, diskusi, tutorial, latihan amali dan menjalankan projek penyelidikan di bidang bahasa. Latihan mengajar dalam bidang pengkhususan akan dijalankan di berapa sekolah di negeri Terengganu.

 

 

 

Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris Dengan Kepujian
Diploma Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL)