PUSAT PENGAJIAN & PENTADBIRAN

PUSAT PENGAJIAN BAHASA INGGERIS
Pusat pengajian ini menawarkan program akademik prasiswazah dan siswazah berkaitan bidang bahasa Inggeris di peringkat sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah. Pusat pengajian ini dibarisi oleh 16 orang pakar bidang bahasa Inggeris.

PUSAT PENGAJIAN BAHASA ARAB
Pusat pengajian ini menawarkan program akademik prasiswazah dan siswazah berkaitan bidang bahasa Arab di peringkat sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah. Pusat pengajian ini dibarisi oleh 16 orang pakar bidang bahasa Arab.

PUSAT PENGAJIAN BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Pusat pengajian ini menawarkan program akademik prasiswazah dan siswazah berkaitan bidang bahasa Melayu dan komunikasi di peringkat sarjana muda. Pusat pengajian ini dibarisi oleh 5 orang pakar bidang bahasa Melayu dan 7 orang pakar bidang komunikasi.

PENTADBIRAN
Terdapat tujuh kakitangan pentadbiran bukan dalam kalangan akademik yang berkhidmat di Fakulti Bahasa dan Komunikasi. Mereka merupakan penggerak operasi pengurusan pejabat di FBK.
Statistik Semasa
Sem 1, 2024/2025Pelajar Prasiswazah
Pelajar Pascasiswazah
Staf Akademik
Staf Pentadbiran
Pusat Pengajian
PROGRAM
Program Pengajian di Fakulti Bahasa dan Komunikasi
KATA-KATA HIKMAH
إِنَّمَا الصَّبْرُ عِنْدَ الصَّدْمَةِ الْأُوْلَى
“Sesungguhnya (kesempurnaan pahala) sabar itu ketika mula ditimpanya.” (Muttafaq ‘alaih)Sabar yang menjadikan seseorang mendapat ganjaran pahala adalah sabar ketika di awal musibah dan inilah yang dinamakan sabar sebenarnya. Adapun jika seseorang itu sedang menghadapi musibah, tetapi menzahirkan rasa tidak senang terhadap musibah tersebut (sama ada melalui perkataan atau perbuatan), namun setelah itu dia berupaya menahan diri dan bersabar dengan musibah tersebut, maka ini bukanlah sabar yang sebenarnya.
Punca Memperoleh Rezeki Di Dunia dan Akhirat
”Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian” (Fatir 29)Melalui amalan tilawah, solat dan sedekah, rezeki bawah sejadah muncul tanpa disangka-sangka baik di dunia mahupun di akhirat.
Hitung dan bandingkanlah antara nikmat nikmat yang anda perolehi dengan nikmat nikmat yang anda tidak perolehi , bandingkanlah juga hari hari yang anda sihat dengan hari hari yang anda tidak sihat. Anda dapati bahawa anda sebenarnya orang yang mendapat keuntungan.
(Dr 'Aidh Al-Qarni).
Sebaik baik manusia adalah yang mengajar kebaikan dan sejahat jahat manusia adalah yang mengajar kejahatan . Orang yang pertama tadi kebaikannya terus mengalir hingga selepas kematiannya , dan orang kedua tadi pula kejahatannya terus mengalir hingga selepas kematiannya, tiada siapa yang dapat menghalangnya.
(Syeikh Abdul Aziz Al-Toranfi)
Sekiranya kamu ingin hidup bahagia untuk tempoh yang sekejap maka amalkanlah sikap berdendam itu , tetapi sekiranya kamu inginkan kebahagiaan yang berkekalan maka amalkanlah sifat suka memaafkan orang lain semua sekali.
BERITA TERKINI
VIDEO UTAMA
- Video Korporat FBK
- Bengkel PTA FBK
- Prasiswazah FBK
- ICMAEL